Saturday, October 23, 2010

Bagaimana saya boleh melukis

 Err...ketika saya berumur 7 tahun,saya ni seorang yang suka jeles.Tapi sekarang ni dah tak sangatlah.Ketika itu,saya pergi ke sekolah agama.Di dalam kelas,rakan saya bernama Shukor telah melukis gambar Naruto. Gambarnya tidaklah begitu menarik dan lawa sangat,tetapi ramai orang pergi melihat lukisannya.Saya berasa jeles dan pulang ke rumah dengan perasaan marah.
 
  Saya memasuki ke dalam rumah lalu mengambil kertas,pensil,pemadam dan kad Naruto.Saya cuba melukis berkali-kali tetapi tidak berhasil.Akhirnya,saya berjaya menghasilkan gambar Naruto yang boleh dikatakan lawa dalam kalangan budak-budak.

  Ketika saya berumur 9 tahun,saya telah menghasilkan sebuah komik yang bertajuk Fighting Spirit.Selepas itu,muncullah hasil karya saya yang lain seperti Cat Man,Invisible Ninja dan Semut Man.Tiga tahun kemudian iaitu tahun ini(2010),karya terbaharu saya yang bertajuk Lawak Changkat Larut(tajuk ini diambil berdasarkan nama sekolah saya) dan satu lagi karya baharu yang tidak bertajuk tetapi dikenali sebagai Projek Superboy.

  Sekian,trimas!

  P.S:Terima Kasih kepada Muhammad Shukor Bin Zulkifli(rakan sekelas saya).
Andalah pencetus inspirasiku.

Salam Perkenalan!!!

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.Nama saya Muhammad Farizuan Bin Mohd Faizol.Saya berumur 12 tahun.Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Changkat Larut.Hobi saya ialah melukis.Saya bercita-cita untuk menyertai GEMPAK STARZ.Anda tahu apa itu GEMPAK?GEMPAK ialah satu majalah yang agak terkenal dengan komik-komik yang terkandung di dalam majalah itu.Saya telah bercadang membuat dua komik atau orang jepun panggilnya manga, yang bertajuk Lawak Changkat Larut dan (tak tau lagi tajuknya).Manga-ka yang saya minati ialah Keith,CLAMP,Takeshi Obata dan Kakifly.Sokonglah usaha saya ya?Bye2 dan trimas!!