Thursday, December 2, 2010

Dato' Meor Abdul Rahman VS Bruce Lee

 Bila ditanya siapa Dato' Meor Abdul Rahman,pasti ramai yang tahu siapa beliau.Beliau merupakan pakar silat di negara ini.Dato' Meor menetap di Kampung Air Kuning,Taiping Perak.Rumah beliau berdekatan dengan rumah saya.


Menyahut Cabaran Bruce Lee

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)

Saturday, November 13, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1!!

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 Trailer!!

Trailer 1


Trailer 2


Trailer 3


Trailer 4


Hope you like it.^_^

Friday, November 12, 2010

Anime Malaysia yang Pertama!!!!Satria – The Warriors of 7 Elements

Assalammualaikum..

Akhirnya Malaysia berjaya juga membuat anime.Gonzo Studio dan Malaysia Animasi Studio bekerjasama membuat siri animasi dari epik Hang Tuah.

Projek itu dinamakan Satria - The Warriors of 7 Elements.Anime ini akan ditayangkan pada tahun 2012. Anime ini mempunyai 24 episod dan akan diarahkan oleh Kitakubo-san yang juga mengarah siri anime Blood: The Last Vampire.Anime ini pasti akan menggegarkan seluruh Malaysia dengan kemunculan Hang Tuah versi jepun.




Sekian,Trimas!!

Wednesday, November 10, 2010

5A!!!!

 Alhamdulillah...Hari ini pada 11.11.2010 pukul 11:00 pagi,saya telah diberitahu yang saya mendapat 5A dalam UPSR tahun ini.Walaupun percubaan saya mendapat 3A 1B 1C tetapi UPSR alhamdulillah saya mendapat 5A.

Hari Anugerah Di Sekolah,

 Saya pergi ke sekolah pada pukul 7:15 pagi sambil membawa gitar bersama.Saya datang awal kerana nak buat persembahan bermain gitar tetapi tidak jadi.Sampai di sekolah saya dan kawan-kawan melepak-lepak di sekolah.Selepas melepak,kami disuruh masuk ke Makmal Sains.tunggu punya tunggu,nak dekat pukul 11.Saya keluar dari Makmal Sains untuk melihat kawan-kawan saya yang lain membuat persembahan.Ketika keluar,cikgu saya meminta saya mencari dua orang rakan perempuan saya yang bernama Diana dan Fatin Fatihah supaya tunggu di Makmal Sains.Saya mencari mereka di dalam kelas kemudian ternampak mereka di dalam dewan.Saya pergi mereka dan beritahu yang cikgu panggil.Mereka pun pergi.Tiba-tiba,cikgu saya yang bernama Cikgu Aishah suruh saya ikut mereka.saya pun ikut.Sampai di Makmal Sains,Cikgu Saidah berkata,"Tahniah!" sambil menghulurkan tangannya.kemudian diikuti oleh beberapa cikgu.Saya masih tak faham apa yang berlaku.Saya melihat satu persatu wajah cikgu-cikgu saya. Apabila Cikgu Saidah melihat saya yang kebinggungan,dia berkata,"Kamu tak tahu lagi?"Saya berkata,"Tak".Cikgu Saidah dan cikgu-cikgu yang lain senyum kemudian Cikgu Saidah berkata lagi,"Kamu dapat 5A".Saya terkejut kemudian memandang semula wajah cikgu-cikgu yang lain.Mereka masih tersenyum."Habis tu,kami sebut tahniah-tahniah ni kamu ingat kamu nak kahwin?"dia berkata sambil tergelak kecil.Saya masih tak percaya.Saya berkata dalam hati,"Tak mungkin!!Betul ke ni??"Cikgu Saidah berkata yang ada 6 orang yang mendapat 5A.Lima orang perempuan dan seorang lelaki iaitu saya.Degupan jantung saya berdegup dengan kencang.Tangan dan kaki saya menggeletar apabila nama saya dipanggil untuk mengambil slip UPSR dan wang tunai yang berjumlah RM150.Saya berasa nak menangis tetapi saya tahan.Ibu memeluk saya kerana mendapat 5A.Saya berasa sungguh gembira.Apapun,komik saya kena teruskan jugak.Semalam saya dah memikirkan satu lagi komik terbaru saya.Saya tidak memberikan nama lagi pada komik terbaharu saya itu tetapi komik itu adalah cerita lawan.Ada pedang dan segalanya.Watak dalam komik itu saya mengambil semula watak dalam Lawak Changkat Larut.Tiga orang saja saya ambil daripada Lawak Changkat Larut iaitu watak utama cerita tu,Zaim dan Amin.Sekian,Trimas!!

Farizuan:Macam novel pun adalah cerita aku ni....^_^

Thursday, November 4, 2010

Lukisan saya

 Inilah hasil lukisan saya,

Lukisan pertama

Saya melukisnya atas kertas A4 kemudian saya mewarnanya menggunakan Photoshop.Ada banyak yang buruk.Lukisan ini saya melukis garisan yang banyak di baju.

Lukisan kedua

Lukisan ini dan di atas terdapat beberapa tempat yang saya salah lukis.contohnya ialah,kepala besar,rambut yang banyak dan kedutan baju.Tapi lukisan kedua saya ini warnanya lebih elok berbanding lukisan pertama.Lukisan pertama bayangnya sedikit manakala lukisan kedua pula banyak.

Lukisan ketiga

Lukisan ini ialah mukasurat pertama Projek Superboy.Warna dan background dah ok tapi lukisannya pulak tak ok.Saya rasa nak buat balik lah lukisan ini.

Wednesday, November 3, 2010

Nak lukis!!!

  Ingatkan habis UPSR ni nak mula lukis Lawak Changkat Larut tetapi banyak halanganlah.Kena buat hal-hal nak masuk tingkatan 1,kena buat buku skrap.Hari Isnin(08.11.2010) ni kena pergi daftar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur.Saya bercadang nak masuk Asrama.11.11.2010 ni pulak dapat keputusan UPSR pada Hari Anugerah.Ai,bila la nak start komik ni.

Saturday, October 23, 2010

Bagaimana saya boleh melukis

 Err...ketika saya berumur 7 tahun,saya ni seorang yang suka jeles.Tapi sekarang ni dah tak sangatlah.Ketika itu,saya pergi ke sekolah agama.Di dalam kelas,rakan saya bernama Shukor telah melukis gambar Naruto. Gambarnya tidaklah begitu menarik dan lawa sangat,tetapi ramai orang pergi melihat lukisannya.Saya berasa jeles dan pulang ke rumah dengan perasaan marah.
 
  Saya memasuki ke dalam rumah lalu mengambil kertas,pensil,pemadam dan kad Naruto.Saya cuba melukis berkali-kali tetapi tidak berhasil.Akhirnya,saya berjaya menghasilkan gambar Naruto yang boleh dikatakan lawa dalam kalangan budak-budak.

  Ketika saya berumur 9 tahun,saya telah menghasilkan sebuah komik yang bertajuk Fighting Spirit.Selepas itu,muncullah hasil karya saya yang lain seperti Cat Man,Invisible Ninja dan Semut Man.Tiga tahun kemudian iaitu tahun ini(2010),karya terbaharu saya yang bertajuk Lawak Changkat Larut(tajuk ini diambil berdasarkan nama sekolah saya) dan satu lagi karya baharu yang tidak bertajuk tetapi dikenali sebagai Projek Superboy.

  Sekian,trimas!

  P.S:Terima Kasih kepada Muhammad Shukor Bin Zulkifli(rakan sekelas saya).
Andalah pencetus inspirasiku.