Hari Anugerah Di Sekolah,
Saya pergi ke sekolah pada pukul 7:15 pagi sambil membawa gitar bersama.Saya datang awal kerana nak buat persembahan bermain gitar tetapi tidak jadi.Sampai di sekolah saya dan kawan-kawan melepak-lepak di sekolah.Selepas melepak,kami disuruh masuk ke Makmal Sains.tunggu punya tunggu,nak dekat pukul 11.Saya keluar dari Makmal Sains untuk melihat kawan-kawan saya yang lain membuat persembahan.Ketika keluar,cikgu saya meminta saya mencari dua orang rakan perempuan saya yang bernama Diana dan Fatin Fatihah supaya tunggu di Makmal Sains.Saya mencari mereka di dalam kelas kemudian ternampak mereka di dalam dewan.Saya pergi mereka dan beritahu yang cikgu panggil.Mereka pun pergi.Tiba-tiba,cikgu saya yang bernama Cikgu Aishah suruh saya ikut mereka.saya pun ikut.Sampai di Makmal Sains,Cikgu Saidah berkata,"Tahniah!" sambil menghulurkan tangannya.kemudian diikuti oleh beberapa cikgu.Saya masih tak faham apa yang berlaku.Saya melihat satu persatu wajah cikgu-cikgu saya. Apabila Cikgu Saidah melihat saya yang kebinggungan,dia berkata,"Kamu tak tahu lagi?"Saya berkata,"Tak".Cikgu Saidah dan cikgu-cikgu yang lain senyum kemudian Cikgu Saidah berkata lagi,"Kamu dapat 5A".Saya terkejut kemudian memandang semula wajah cikgu-cikgu yang lain.Mereka masih tersenyum."Habis tu,kami sebut tahniah-tahniah ni kamu ingat kamu nak kahwin?"dia berkata sambil tergelak kecil.Saya masih tak percaya.Saya berkata dalam hati,"Tak mungkin!!Betul ke ni??"Cikgu Saidah berkata yang ada 6 orang yang mendapat 5A.Lima orang perempuan dan seorang lelaki iaitu saya.Degupan jantung saya berdegup dengan kencang.Tangan dan kaki saya menggeletar apabila nama saya dipanggil untuk mengambil slip UPSR dan wang tunai yang berjumlah RM150.Saya berasa nak menangis tetapi saya tahan.Ibu memeluk saya kerana mendapat 5A.Saya berasa sungguh gembira.Apapun,komik saya kena teruskan jugak.Semalam saya dah memikirkan satu lagi komik terbaru saya.Saya tidak memberikan nama lagi pada komik terbaharu saya itu tetapi komik itu adalah cerita lawan.Ada pedang dan segalanya.Watak dalam komik itu saya mengambil semula watak dalam Lawak Changkat Larut.Tiga orang saja saya ambil daripada Lawak Changkat Larut iaitu watak utama cerita tu,Zaim dan Amin.Sekian,Trimas!!
Farizuan:Macam novel pun adalah cerita aku ni....^_^


No comments:
Post a Comment