Saturday, November 13, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1!!

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 Trailer!!

Trailer 1


Trailer 2


Trailer 3


Trailer 4


Hope you like it.^_^

Friday, November 12, 2010

Anime Malaysia yang Pertama!!!!Satria – The Warriors of 7 Elements

Assalammualaikum..

Akhirnya Malaysia berjaya juga membuat anime.Gonzo Studio dan Malaysia Animasi Studio bekerjasama membuat siri animasi dari epik Hang Tuah.

Projek itu dinamakan Satria - The Warriors of 7 Elements.Anime ini akan ditayangkan pada tahun 2012. Anime ini mempunyai 24 episod dan akan diarahkan oleh Kitakubo-san yang juga mengarah siri anime Blood: The Last Vampire.Anime ini pasti akan menggegarkan seluruh Malaysia dengan kemunculan Hang Tuah versi jepun.




Sekian,Trimas!!

Wednesday, November 10, 2010

5A!!!!

 Alhamdulillah...Hari ini pada 11.11.2010 pukul 11:00 pagi,saya telah diberitahu yang saya mendapat 5A dalam UPSR tahun ini.Walaupun percubaan saya mendapat 3A 1B 1C tetapi UPSR alhamdulillah saya mendapat 5A.

Hari Anugerah Di Sekolah,

 Saya pergi ke sekolah pada pukul 7:15 pagi sambil membawa gitar bersama.Saya datang awal kerana nak buat persembahan bermain gitar tetapi tidak jadi.Sampai di sekolah saya dan kawan-kawan melepak-lepak di sekolah.Selepas melepak,kami disuruh masuk ke Makmal Sains.tunggu punya tunggu,nak dekat pukul 11.Saya keluar dari Makmal Sains untuk melihat kawan-kawan saya yang lain membuat persembahan.Ketika keluar,cikgu saya meminta saya mencari dua orang rakan perempuan saya yang bernama Diana dan Fatin Fatihah supaya tunggu di Makmal Sains.Saya mencari mereka di dalam kelas kemudian ternampak mereka di dalam dewan.Saya pergi mereka dan beritahu yang cikgu panggil.Mereka pun pergi.Tiba-tiba,cikgu saya yang bernama Cikgu Aishah suruh saya ikut mereka.saya pun ikut.Sampai di Makmal Sains,Cikgu Saidah berkata,"Tahniah!" sambil menghulurkan tangannya.kemudian diikuti oleh beberapa cikgu.Saya masih tak faham apa yang berlaku.Saya melihat satu persatu wajah cikgu-cikgu saya. Apabila Cikgu Saidah melihat saya yang kebinggungan,dia berkata,"Kamu tak tahu lagi?"Saya berkata,"Tak".Cikgu Saidah dan cikgu-cikgu yang lain senyum kemudian Cikgu Saidah berkata lagi,"Kamu dapat 5A".Saya terkejut kemudian memandang semula wajah cikgu-cikgu yang lain.Mereka masih tersenyum."Habis tu,kami sebut tahniah-tahniah ni kamu ingat kamu nak kahwin?"dia berkata sambil tergelak kecil.Saya masih tak percaya.Saya berkata dalam hati,"Tak mungkin!!Betul ke ni??"Cikgu Saidah berkata yang ada 6 orang yang mendapat 5A.Lima orang perempuan dan seorang lelaki iaitu saya.Degupan jantung saya berdegup dengan kencang.Tangan dan kaki saya menggeletar apabila nama saya dipanggil untuk mengambil slip UPSR dan wang tunai yang berjumlah RM150.Saya berasa nak menangis tetapi saya tahan.Ibu memeluk saya kerana mendapat 5A.Saya berasa sungguh gembira.Apapun,komik saya kena teruskan jugak.Semalam saya dah memikirkan satu lagi komik terbaru saya.Saya tidak memberikan nama lagi pada komik terbaharu saya itu tetapi komik itu adalah cerita lawan.Ada pedang dan segalanya.Watak dalam komik itu saya mengambil semula watak dalam Lawak Changkat Larut.Tiga orang saja saya ambil daripada Lawak Changkat Larut iaitu watak utama cerita tu,Zaim dan Amin.Sekian,Trimas!!

Farizuan:Macam novel pun adalah cerita aku ni....^_^

Thursday, November 4, 2010

Lukisan saya

 Inilah hasil lukisan saya,

Lukisan pertama

Saya melukisnya atas kertas A4 kemudian saya mewarnanya menggunakan Photoshop.Ada banyak yang buruk.Lukisan ini saya melukis garisan yang banyak di baju.

Lukisan kedua

Lukisan ini dan di atas terdapat beberapa tempat yang saya salah lukis.contohnya ialah,kepala besar,rambut yang banyak dan kedutan baju.Tapi lukisan kedua saya ini warnanya lebih elok berbanding lukisan pertama.Lukisan pertama bayangnya sedikit manakala lukisan kedua pula banyak.

Lukisan ketiga

Lukisan ini ialah mukasurat pertama Projek Superboy.Warna dan background dah ok tapi lukisannya pulak tak ok.Saya rasa nak buat balik lah lukisan ini.

Wednesday, November 3, 2010

Nak lukis!!!

  Ingatkan habis UPSR ni nak mula lukis Lawak Changkat Larut tetapi banyak halanganlah.Kena buat hal-hal nak masuk tingkatan 1,kena buat buku skrap.Hari Isnin(08.11.2010) ni kena pergi daftar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur.Saya bercadang nak masuk Asrama.11.11.2010 ni pulak dapat keputusan UPSR pada Hari Anugerah.Ai,bila la nak start komik ni.